Tabung Kemanusiaan TRANSWATER & MCG untuk Turkiye
& Syria
Setelah beberapa minggu berlalu, tragedi
gempa bumi di Turkiye & Syria semakin dilupakan.
Angka kematian telah mencecah lebih 50,000 orang manakala kehidupan mangsa-mangsa yang terselamat pula semakin meruncing akibat pasca gempa bumi yang berlaku. Pada masa ini, mangsa-mangsa terutama di kawasan kem pelarian Syiria yang terlibat amat memerlukan bantuan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
.jpg)
(1).jpg)
Justeru itu, TRANSWATER telah mengambil
inisiatif bekerjasama dengan Muslim Care Global (MCG) (PPM-025-10-14032018) salah
sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdaftar untuk membantu dan menyalurkan
sumbangan secara terus kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Semoga sumbangan anda dapat membantu
mengenyangkan mangsa yang kelaparan dan melindungi diri mereka dari kesejukan.
Anda dialu-alukan untuk menyumbang melalui
pakej dana bantuan berikut :
Pakej Dana:
1. Pek Bantuan Kemanusiaan A :
RM10.00 x (unlimited)
2. Pek Bantuan Kemanusiaan B :
RM500.00 x 1 unit
(Sumbangan
bernilai RM500.00 ke atas, layak mendapat pengecualian cukai. Sila hubungi
Ustaz Muhammad Mujahid bin Yusup di talian 014-279 6180 atau emel: mujahidyusup2@gmail.com)

.jpg)
.jpg)
