Akaun muslimcareglobal.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Infaq Telaga / Tubewell

Ramai yang DAH TAHU bahawa INFAQ AIR manfaat dan PAHALANYA sangat besar.

.

AIR AMAT PENTING kerana manusia tidak dapat hidup jika ketiadaan air lebih dari 3 HARI.

.

Besar kan manfaat INFAQ TELAGA/TUBEWELL ni. Bayangkan, bila saudara kita dapat minum air dari telaga yang kita bina, mereka dapat beribadah dan melakukan pekerjaan untuk menyara keluarga. Belum lagi kita cerita tentang manfaat kepada masyarakat di mana dengan air, kebun-kebun tanaman dapat dihidupkan, manusia mendapat pekerjaan seterusnya sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi makanan buat ramai manusia dan haiwan.


Jadi sekarang kita dah tahu manfaat INFAQ AIR ni. Jom bantu MCG untuk SIAPKAN TELAGA atau di Indonesia kita panggil SUMUR.

.

Pusat Tahfizh Dusun Niur ni terletak jauh dari bandar Batam,Indonesia. Kene naik bot sekitar 2-3 jam perjalanan. Alhamdulillah anak-anak di sini cemerlang bacaan dan hafazan Al-Qurannya, indah akhlak dan disiplin serta lunak suara mereka bila mengaji.


Tapi sedih sangat, setiap hari mereka terpaksa berulang-alik dari madrasah ke kawasan sumber air yang terletak 300 METER DARI MADRASAH bagi perjalanan sehala. Bayangkan, setiap hari mereka terpaksa berjalan lebih 1 KILOMETER HANYA UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN AIR BERSIH.

.

Kami telah menziarahi Pusat Tahfizh ini beberapa kali sebelum ini. Insyaallah 28 Ogos 2023, kami akan ke sana sekali lagi untuk melihat kerja-kerja menyiapkan sumur ini disamping melihat keperluan lain yang boleh kita bantu.


Bahagia Berkongsi Rezeki. Ingatlah bahawa, sebenarnya semua ini adalah usaha untuk MEMBANTU DIRI KITA SENDIRI untuk kemudahan dan kejayaan semua urusan di DUNIA DAN AKHIRAT. Mudah-mudahan kita semua sama-sama KAYA DUA DUNIA dengan banyak BERSEDEKAH, BERINFAQ dan BERWAKAF.

.

Maklumat lanjut dalam video berikut: https://vt.tiktok.com/ZSLVPrgo7/

.

Sumbangan terus ke akaun MCG:

PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA

BANK ISLAM: 12122010040968

Sharekan resit kepada: www.wasap.my/60199086180/batam